Search in Canteq's Blog

Monday, August 5, 2013

Ketam Masak Lemak



Masak Lemak Ketam

Sesekali makan makanan yg banyak kolesterol boleh dimaafkan ye tak hehe
iyer la sapa tak suka ketam kan... benda sedap walaupon leceh sket nak makan
bg can, paling best ketam ni kalo wat masak lemak, second masak cili perghh memang ler terangkat

Ada yang sebut ketam masak lemak, ketam masak lemak cili padi, ketam masak lemak cili api, masak lemak ketam, ketam masak itu or ini semua pon bollehh
Yang penting, kalo korg tau cara nak buat masak lemak cili padi mmg komfem leh pass tuk buat ketam masak lemak cili padi jugak, lebey kurang je beb sbb basic utk masak lemak ni sama je

Jom usha sket resepi can untuk buat masak lemak ketam ni... 

Ketam Masak Lemak

Bahan Kisar :

Cili api or cli padi - 4 or 5 bijik 
Bawang merah kecil - 3 ulas
Bawang putih  - 1 ulas
Halia - 1cm
Lengkuas - 1cm
Kunyit - 1 cm

Bahan-bahan Lain : 

Ketam - Bersih dan potong dua
Serai - 1 batang (ketuk hujung dia)
Asam keping - 1
Santan 
Garam
Gula


Cara - Cara :

1. Ambik satu periuk, masukkan santan dan sedikit air
2. Masukkan jugak kesemua bahan kisar tadi dan panaskan atas api
3. Masukkan jugak serai yg dah diketuk dan asam keping
4. Tunggu sehingga mendidih dan sambil2 tu kacau-kacau kuah tu
5. Bila dah mendidih perasakan dengan garam gula
6. Kemudian masukkan ketam
7. Masak kejap then boleh angkat.. siap!

Ketam Masak Lemak Cili Api

Daaaa...........


nuffnang ads

 

canteq Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Gossip Celebrity