Search in Canteq's Blog

Loading...

Tuesday, August 11, 2015

Daging Masak Hitam Harum

Daging Masak Hitam Harum
Daging masak hitam ni mmg kena kalau di match kan dengan nasi hujan panas ke, nasi minyak ke, even nasi putih pon
Alah... nak buat makan ngan nasi impit, roti, lemang pun bulih 
Sebab rasa dia sedappppp sangat, harum pulak tu
Nak lagi sedap, sila beli daging tempatan yang fresh dan ambik bahagian batang pinang
Confirm lembut je daging tu, and masak pun x perlu lama kejap je dah lembut daging

Daging Masak Hitam Sedap



Apa kata kita usha resepi 

BAHAN-BAHAN :

Daging Masak Hitam Sedap

1. Daging dihiris nipis (lbh kurang dlm 1/2 kg)
2.  Cili boh / cili kering yg dikisar
3. Kicap manis
4. Daun pandan - 4/5 helai
5. Serai - 2 batang
6. Bawang putih - 2 ulas 
7. bawang merah - 6 ulas
8. Kayu manis - 1 batang *
9. Bunga cengkih - 3-4 pcs *
10. Bunga lawang - 2 pcs *
11. Buah pelaga - 2/3 biji *
12. Garam

Untuk yg bertanda * tu, kalau rasa kurang arif atau x berapa nak kenal... boleh beli rempah sup tulang bunjut adabi tu, dalam tu dah lengkap dah ada 4 sekawan  ni... guna je smua yg ada dlm 1 packet tu (kecuali bunjut)
itulah yg can selalu buat, senang x yah nk beli satu2... bunjut dia simpan xyah guna


CARA MEMBUATNYA :

 1. Blend bawang merah, bawang putih, & serai (Serai cuma ambil bahagian yg lembut serai, hiris nipis sebelum diblend)


2. Panaskan minyak  
3. Tumiskan rempah 4 sekawan tadi sehingga naik bau


4. Masukkan bahan2 yg telah diblend /kisar tadi (bawang merah, putih, serai)
5. Goreng sehingga keperangan


6. Masukkan cili boh / cili kering kisar 
7. Tumis hingga pecah minyak


8. Masukkan pulak daun pandan yg telah dipotong 
9. Kacau sekejap
 

10. Then masukkan daging. 


11. Daging memang akan mengaluarkan air dia. So kacau2 sampai daging empuk dan kuah agak kering


Tunggu sampai kering sedikit macam kat bawah ni



12. Bila dah kering sikit, masukkan kicap


 13. Kalau perlu, masukkan garam. 
Tapi kalau dah cukup masin, x perlu lah garam ni


Kacau sebati, dan hidangkan


Masakan Daging

Makan dengan nasi panas, roti, nasi kaler2 cam nasi hujan panas ke, nasi beriani ke, nasi toamto ke etc... memang meletop bertambah2
Memang wangi, harum, dan sedap rasa dia

Daaaaaaa......... 



Thursday, August 6, 2015

Cucur Udang Rangup

Cucur Udang Rangup

Guna resepi ni, cucur udang mmg akan jadi rangup
best btul buat minum petang
cicah sos cili boleh, makan ngan kuah kacang pon sedapp
Apa rahsianya... can guna tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras

Jom usha resepi


BAHAN - BAHAN :

resepi cucur udang rangup
 1. Tepung gandum - 2 cawan
2. Tepung beras - hampir2 1 cawan
3. Udang saiz sederhana (udang harimau pon boleh)
4. Udang kecil
5. Ikan bilis - segenggam
6. Bawang merah dimayang nipis - 3 ulas
7. Daun kucai
8. Serbuk kunyit
9. Garam
10. Air (tiada dlm gambar)
11. Minyak masak (tiada dlm gambar)

* kalau nak tambah tauge pon boleh tapi can tak berapa gemor :D

Atau kalau nak guna serbuk pati ayam / ikan bilis pon boleh sebagai ganti garam


CARA MEMBUATNYA :

1. Udang saiz sederhana di buang kulit dan dipotong2
2. Udang kecil dibuang kepala

3. Kemudian ambil satu magkuk besar
4. Masukkan kesemua tepung gandum + tepung beras
5. Masukkan garam / serbuk pati ayam
6. Gaul2 kan (kering tanpa air)
7. Kemudian masukkan kedua2 jenis udang  & ikan bilis
8. Masukkan juga serbuk kunyit

 9. Masukkan pula bawang & daun kucai


10. Masukkan air (agak2, jgn terlalu lembik)
11. Gaul2 biar sekata (warna & bahan2 nya)
12. Panaskan minyak yg banyak dlm kuali
13. Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan tu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper & jadi nipis 

Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang anda :) 

 
Untuk memudahkan makan, boleh lah dipotong2
Tetamu nak makan pon x segan, xde la ternganga2 mulut depa nak gigit besar2 seketul hehe

 

Selain dari guna sos cili or sos pencicah biasa, boleh jugak dihidangkan bersama kuah kacang aka kuah satay tu  
Hmmm... cucur udang kuah kacang mmg best!

cucur udang kuah kacang

cucur udang rangup dengan kuah kacang

Buat minum petang memang mabeles
Kalo tetamu datang pon boleh jugak dihidangkan panas2 dengan teh o suam wah!
Selamat menjamu selera
Daaaa..........




Friday, July 3, 2015

Restaurant Nik Michael - PickNik


Seronoknye kalau dapat bercerita pasal makan dan makanan kan
Kali ni can nak review pasal restoran celebrity chef Nik Michael Imran yang pernah masuk masterchef dulu tu

Restoran PickNik namanya, terletak di Publika Dutamas
mengamalkan konsep comfort food cafe

Watercress Pear Salad - RM18
Jom kita start ngan salad dulu
Ni my favorite salads, pegi banyak kali pon tetap order watercress salad ni
sedapppp sangat
walaupon cuma salad, tapi dressing dia mmg thorbaikk


Portion dia memang besar hokeh, penuh satu mangkuk besar tu
Tapi sekarang ni watercress pear salad ni dah dimansuhkan dari menu huhu, 
Last time can nak order, then diberitahu oleh waiter tu, dah x serve watercress salad dah 
terus dah x berapa hingin can nk ke sana lagi 


Yang kat atas nispaghetti aglio olio... huish, sedappppp ya amatt
Can suka sangat2
spaghetti yg masih kenyal, udang yg lembut, rasa yg sedap
ahh mmg sedaplah
highly recommended!

Spaghetti Bolognese Meatballs - RM25
  Yang atas ni pulak spaghetti bolognese
Bagi can ok... not bad
Nasi Lemak Soft Shell Crab 


Yang ni nasi lemak yg dihidangkan bersama2 dengan so ft shell crab
RM28 if i remember it correctly
RM14 for nasi lemak biasa, and another RM14 for the crab
Ketam kulit lembut ni sangat lah sedap nye
Nasi lemak pon not bad, cuma sambal dia macam byk sangat bawang lah

Grilled chicken & chips - RM35
 Ini adalah grilled chicken with mushroom sauce
Sedap jugak


Then we had steak

Grilled Lamb Cutlet - RM58
 Ada 3 cutlet on the plate
Tastewise, memang sedap!
Well marinated, sampaikan Can yang tak suka lamb ni pon boleh makan


Hotdog & Chips - RM20
Untuk kid pulak kami ambik hotdog & chips ni

 Then, yang sedap juga.. chicken wings
Yes, memang rasa dia sedap!


So kita sudahi dengan desert

Salted Caramel Brownies - RM15
Desert caramel brownies nih sangat sedap
memang menjilat jari
Semua kena je, denagn rasa masin, manis, sejuk, panas, semua ada
and mmg highly recommended!

 

Overall, bagi can makanan kat restoran PickNik milik selebriti chef Nik Michael Imran ni mmg boleh tahan sedapnye
Most of the foods memang sedap
So kalau nak try, sila le ke publika




Suasana dalam cafe



Kalau nak bergambar chef nik michale mmg sporting hehe
 Daaaaa.....


nuffnang ads

 

canteq Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Gossip Celebrity