Search in Canteq's Blog

Thursday, August 6, 2015

Cucur Udang Rangup

Cucur Udang Rangup


Hi

I've moved to a new blog... pls kindly visit me there:

Daaaaaaa...



Guna resepi ni, cucur udang mmg akan jadi rangup
best btul buat minum petang
cicah sos cili boleh, makan ngan kuah kacang pon sedapp
Apa rahsianya... can guna tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras

Jom usha resepi


BAHAN - BAHAN :

resepi cucur udang rangup
 1. Tepung gandum - 2 cawan
2. Tepung beras - hampir2 1 cawan
3. Udang saiz sederhana (udang harimau pon boleh)
4. Udang kecil
5. Ikan bilis - segenggam
6. Bawang merah dimayang nipis - 3 ulas
7. Daun kucai
8. Serbuk kunyit
9. Garam
10. Air (tiada dlm gambar)
11. Minyak masak (tiada dlm gambar)

* kalau nak tambah tauge pon boleh tapi can tak berapa gemor :D

Atau kalau nak guna serbuk pati ayam / ikan bilis pon boleh sebagai ganti garam


CARA MEMBUATNYA :

1. Udang saiz sederhana di buang kulit dan dipotong2
2. Udang kecil dibuang kepala

3. Kemudian ambil satu magkuk besar
4. Masukkan kesemua tepung gandum + tepung beras
5. Masukkan garam / serbuk pati ayam
6. Gaul2 kan (kering tanpa air)
7. Kemudian masukkan kedua2 jenis udang  & ikan bilis
8. Masukkan juga serbuk kunyit

 9. Masukkan pula bawang & daun kucai


10. Masukkan air (agak2, jgn terlalu lembik)
11. Gaul2 biar sekata (warna & bahan2 nya)
12. Panaskan minyak yg banyak dlm kuali
13. Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan tu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper & jadi nipis 

Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang anda :) 

 
Untuk memudahkan makan, boleh lah dipotong2
Tetamu nak makan pon x segan, xde la ternganga2 mulut depa nak gigit besar2 seketul hehe

 

Selain dari guna sos cili or sos pencicah biasa, boleh jugak dihidangkan bersama kuah kacang aka kuah satay tu  
Hmmm... cucur udang kuah kacang mmg best!

cucur udang kuah kacang

cucur udang rangup dengan kuah kacang

Buat minum petang memang mabeles
Kalo tetamu datang pon boleh jugak dihidangkan panas2 dengan teh o suam wah!
Selamat menjamu selera
Daaaa..........




No comments:

Post a Comment

nuffnang ads

 

canteq Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Gossip Celebrity