Showing posts with label Other. Show all posts
Showing posts with label Other. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

MonaVie ~ Berkesan Ke?


alaahhh.. citer pasal monavie mesti ramai yg dah tau kan... x lain x bukan salah satu supplemen yg memenuhi market
ada yg kata ok... x kurg jugak yg kutuk
hmm.... can pulak mmg pernah minum sbl nie...
pernah x pernah... smpt beli 2 kotak besar la jugak... maknanye brp tu... dlm 8 botol lah
plus botol pertama percubaan (masa memula nk try dulu) total jadik 9 botol yg can pnah consume ni

wpon da beberapa bln dah can stop minum monavie nie... tp yg tetiba terasa nk buat review pasal product ni sbb ada member n kakak can yg tau can pnah amik monavie ni dok tanya2.. apa kesannnye, best ke, menjadi ke, xde side effect ke, x rasa mahal ke, hilang ke sakit kpl, boleh hilang allergi ke... n macam2 lg lah

makanye can pon terpk yg mesti ramai jugak umat di luar sana yg terpk kan soklan2 yg sama...
sbb depa pon teringin nk terai tp mls nk buang duit camtu jek.. baik ty kat org yg pnah ada pngalaman minum kan...

so mari can kongsi kan apa yg can dpt / tak dpt sepjg meminum jus monavie kaler purple neh ehehehe
sharing is caring kan... konsep la sangaaat

ok... memula yg buat can teringin nk terai monavie sbb can mmg ada alahan... allergi x tentu pasal... kulit tteiba jek jd merah2.. pastu ada jugak batuk2 (yg slow jek tp berpjgn)... n sememangnye can penghidap athma... so ntah camana tetiba aritu member pm borak psal monavie terus can mintak terai 1 botol.


lps minum 1 bnotol mmg x rasa apaper... xde pon rasa perubahan kat mana2... tp disbb kan can nak amalkan konsep 'bersabar utk melihat hasilnya'.. plus rasa dia pon sedap jugak... iye la.. berries kan, maka can pon order terus 1 kotak besar... haaa amik kau. Tp can mmg x risau takut jus ni x abes sbb yg 1 botol tu pon abeskan lam masa 1 minggu lebih jek, kurg 2 minggu hokeh (wpon tokey tu kata leh wat stok utk sebulan 1 botol tuh). jd kalu stkt 1 kotak besar (4 botol) tuh kejap je la kan can teguk hehhehe

tp lps habes 1 kotak besau tuh pon.. cam xde rasa apaper jugak lagi... hmmmm nk continue ke discontinue nih? pastu can ada baca yg normala omar katanya lepas minum 6 botol br ok kan... so can pulak br 5 botol nih... hihihi makanye can decide utk order lg 1 kotak... mana la tau kan kot2 nk berkesan ngan can ke... kot2 lmbt sikit ke tindakbalas dia... tp lps habis lagi 4 botol (meaning dah 9 botol kesemuanya, n can mmg minum everyday without fail)... TAPI... still x rasa ada sebrg perubahan kat can... jadi can pk punya pk... harus brp byk botol lg aku nk kena terai nih... hmmm dah la mmg mahal kan nk terai sampai 5-6 kotak besau... so can rasa lps 9 botol dah x jadik apa2, baik can discontinue jek lah... makanye skang ni can udah tidak mengorder monavie lagi... tp at least can dah cuba kan... dah tau jus ni x rasi ngan can, so stop aje lah. Kalo stakat nk kan jus yg sedap baik lah can beli ribena gitu sbb kos nye 10 kali ganda murahnye hehehehe. Tapi can x nafikan ia mmg berkesan n rasi ngan sesetgh org... cam gamogen lah jugak kan... ada yg ok mmg akan pulih, ada yg x ok, terus jadi alahan.

Gitu le citernya.... so kalo nk amik supplemen apa2 mmg kena terai menerai dulu la eh... hehehe
Daaaaaa




Sunday, July 31, 2011

Puasa Dah Ke?

Mmm... nak raya dah ek... 
Eh syilapsss... syilapss... dah start posa dah ek...
Bermakna, da start terawih jugak la... 
Dulu kalo 1st day terawih py la suka gile can nak pg.. excited gitu... 
iye la... khonon2 nak jadik cam baby baru lahir gitu kekdahnye... wpon aku sedar aku ni byk dosa huhuhu... Tp tulah... kekadang excited nye tu dtg masa awal2 posa jek.. bila dah makin byk posa, makin lemah pulak lutut can nie.. haduuu

Hmm... bg yg bujang senang sikit nk berterawih kan.. jadik sbl sampai masanye anda berkahwin dan beranak pinak.. rebutlah pelunag yg hado... sbbnye.. bila dah kawen (sbl ada anak) ok lagi... xde prob nk g terawih.. Leh buat ala2 pasangan muslim sejati gitew.. pg terawih ngan hubby sama2... pastu jimat pulak belanje sbb dah morih kat masjid tadi ekeke...

Namun hidup anda akan mula berubah bila dah ada anak nnt (ni ditujukan khas buat kaum hawa) memandangkan anda akan menempuh alam yg agak sukar utk ke masjid berterawih spt taun2 sbl nya... iye la.. cuba bayangkan kalo anak anda itu umo nye < 1 taun.. sapa nk riba dia tuh kalo time anda tgh sujud? Caner plak nak buat bila dia merengek2 mintak susu pr perut kembung.. ataupon dia poo poo... And kalo dah >1 taun lak.. mmg x perlu didukung n diriba.. tp taukah anda ke mana dia pg waktu anda sdg khusyuk berterawih? Ohh... boleh kah anda khusyuk apabila tdengar suara anak anda dgn nyaringnya menanyi pelbagai lagu faveret dia sambil berlari2 seriang2nya bersama dgn kawan2 yg baru dikenali nya kurang 5 minit lalu?

Unless bila dia dah besa sikit.. dah 4 taun.. da cerdik.. da leh paham apa yg anda larang, apa yg disuruh... dan paham bahasa jelingan serta cubitan ahahahaha.... Jadik mungkin (mungkin sahaja ye, bukan pasti) dia akan behave...

So... sama2 la kita berdoa smoga kita dipermudahkan utk menjalani segala ibadah.. baik puasa, mahupon terawihnye.. dan x lupa juga utk bertadarus...

Selamat berpuasa utk smua... kalo bawak anak2 pg masjid jgn lupa tinggalkan sedkikit jelingan maut b4 anda perform prayer... ehehehe


Wednesday, July 20, 2011

Laluan MRT Sg. Buloh - Kajang

Ni dia laluan MRT yg terkini diumumkan oleh PM kita...
So pada sesiapa yg mmg ada property (sebarang rumah atau apa2 asset lainnya) area laluan MRT ni, bolehlah senyum dengan lebar... wpon jangkaan pembinaan stesen2 MRT ni akan dibuat pada November nnt.. dan dijangka akan siap pada 2016. Manakala ia akan mula beroperasi pada Januari 2017 (mengikut jangkaan daripada sumber berita harian 8 Julai 2011 spt yg tertulis di bawah). Asset2 ini pasti akan melonjak naik harganya apabila projek MRT tersebut sudah siap dibina.

Sila usha pic di bawah utk melihat route atau laluan MRT yg akan menghubungkan sg. buloh - kajang ini.

sila klik pada gambar utk lebih besar
Sedikit berita mngenainya... jom usha :
Laporan dipetik dari Berita Harian 8 Julai 2011


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata projek Lembah Klang My Rapid Transit (MRT) dijangka menjana antara RM8 bilion dan RM12 bilion di segi projek limpahan.

Perdana Menteri berkata, projek itu akan turut meningkatkan pembangunan hartanah dengan anggaran nilai RM15 bilion di segi hartanah baharu, yang dijangka disiapkan di dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Pendapatan Negara Kasar RM3 bilion diunjurkan dijana berasaskan kenaikan 20 peratus di segi nilai projek komersil dan kediaman antara jejari 0.5 km dan 1.0 km pada laluan MRT itu di dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya semasa pelancaran projek MRT dari Sungai Buloh Kajang.

Najib juga mengumumkan kelulusan jajaran akhir projek MRT itu, yang sebaik disiapkan, akan memanfaatkan lebih 10 juta pengguna.

MRT itu direka bentuk menjadi tulang belakang ke arah mewujudkan rangkaian rel antara bandar yang terdiri daripada Transit Aliran Ringan (LRT) dan Sistem Komuter KTM.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata pelancaran dan pengumuman jajaran muktamad, kerja pembersihan tanah akan bermula bagi laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) itu, iaitu laluan MRT pertama yang dikhususkan bagi inisiatif Greater Kuala Lumpur.

MRT itu adalah projek infrastruktur awam terbesar yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi.

“Projek itu akan menyaksikan permulaan kerja tanah di tiga lokasi sepanjang jajaran itu di Sungai Buloh, Cochrane dan Semantan,” katanya.

Beliau juga mengumumkan kajian kemungkinan yang sedang dilaksanakan bagi mengkaji daya maju menyambung sistem itu ke Johor Bahru dan Pulau Pinang.

“Inisiatif itu adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang SPAD bagi memastikan sistem MRT dan rangkaian pengangkutan yang lebih meluas boleh digunakan oleh setiap lapiran masyarakat,” katanya.

“Pembinaan laluan Sungai Buloh-Kajang sejauh 51 km itu akan bermula pada November apabila pakej tender pertama diberikan,” katanya, sambil menyatakan bahawa projek itu dijadualkan disiapkan pada 2016 dan memulakan operasi pada Januari 2017.

“Sebaik beroperasi, projek MRT Lembah Klang itu akan mempunyai 31 stasen, dengan lapan stesen bawah tanah,” katanya.

Akan terdapat empat stesen pertukaran (interchange) yang menghubungkan Laluan Komuter KTM, Laluan LRT Ampang dan Laluan LRT Kelana Jaya.


sumber : ahmadhumaizi

Monday, July 18, 2011

Happy Birthday Friends

Owh... cheq sue buat segmen percubaan for those yg lahir on July... So apa salahnye can join ye dak...
coz can pon lahir on July gak... 21 July (taunnye xleh dinyatakan - shy shy cat giteww... ahaaks)
ada sesapa lagi rasa nk join.. sila klik di link SINI ya...
btw.. cheq sue... can join naa
"Wish Myself a Very Happy Bday"