Tuesday, December 20, 2011

Maggi Roll

 
Hai... rasanye ramai people out there yg suka makan maggi mee kan...
can pon ske gak tp xdelah slalu...
suka meraban try resepi2 baru untuk maggi jugak...
last time can ada buat popia, so kulit popia tu byk lg berlebih2 kat umah...
so mulalah dtg idea nak buat itu ini... sbb nak abeskan kulit popia tu
so ilham kali ni can buat maggi roll atau popia maggi nama melayu nye
maka langkah2 serta resepi popia maggi ni ada kat bawah k...

Bahan2 :
1. 1 paket maggi mee (can guna mee kari berapi - as usual, my fevret nih)
2. Sebiji telur
3. Carrot - dipotong nipis
4. Kobis - dihiris halus
5. 1 biji cili padi (or leh guna cili merah besar) - dipotong2
6. 1 ulas bawang merah - didadu
7. 1 ulas bawang putih - didadu
8. Secubit garam
9. Kulit popia (of coz)

Cara-cara nye :

1. Rebuskan mi maggi (tanpa perencah)
2. Toskan sehingga kering
3. Masukkan ke dalam mangkuk
4. Buka perencah maggi kari tersebut
5. Tuangkan perencah ke dalam mangkuk berisi maggi tadi dan gaulkan sehingga sebati 
(cam lam pic kat bawah ni)


6. Lepas tu kite prepare sayur2an pulak.. 
7. Panaskan 1 sudu minyak masak lam pan
8. Tumiskan bawang merah + putih yg telah didadu + cili yg telah dipotong tadi
9. Kemudian bila bwg2 tsbt dah agak layu, masukkan carrot n kobis
10. Taburkan sedikit garam (sangat sikit hokeh sbb perencah kari tadi dah ada dlm maggi)
11. Goreng sekejap aje then angkat
12. Tuangkan sayur2 tersebut ke atas maggi

13. Kemudian gorengkan pula telur
14. Kacau2 kan telur tu time menggoreng supaya nnt dapat telur yg pecah2 (dan bukan telur mata kerbau)
15. Then taburkan telur yg digoreng tadi ke atas maggi
Hasilnya, sila lihat image dibwah...
 
Bahan2 inti
16. Bila bahan2 yg nak dijadikan inti smua dah ada dlm mangkuk, gaul2 kan
17. Maka episod menggulung pon bermula
18. Amik kulit popia then bentangkan
19. Letakkan bhn2 inti di atas kulit popia, the roll up
20. Just gunakan air utk melekatkan hujung kulit2 popia tsbt

 21. Bila dah abes roll spt di atas, so boleh lah digoreng dlm minyak yg panas
22. Goreng x perlu lama sgt, agak2 dah golden brown, angkat dan hidangkan bersama sos cili

 Buat minum petang mmg best!



Sunday, December 4, 2011

Daging Bakar & Sambal Pencicah


hmmm... da lama dah aidiladha pegi...
dah masuk awal hijrah (muharam) dah pon...
tapi masih terasa nak makan daging... hehehe
Daging ni paling laku kat umah ni kalo goreng n bakar...
So arini can dengan rasa agak rajin nak menghapdet resepi daging bakar ngan air pencicah... 
yg can biasa buat kat umah bukan air asam.. slalu can akan buat pencicah yg mcm ni...
Pencicah ni mmg resepi turun temurun dari bonda can... menjadi kesukaan kami satu kuarge...
boleh dicicah bersama daging, ikan atau ayam bakar... :)

 Selalunya can bakar daging guna bahan perapan lain...
tapi arini buat stail laen plak...
memandangkan dah tertengok ('ter' ke) masterchef malaysia aritu, yg mana chef jo ada buat grilled daging, perap guna kicap + bwg putih + pepper, so can pon mulalah teringin nak buat jugak...
tapi spt biasa, can mmg suka sgt mengolah resepi hehehe...
makanya can menambah sedikit bhn2 lain dalm perapan daging tuh..

ok, resepi untuk both daging bakar n sambal pencicah ni ada kat bwh k...

Bahan2 untuk perap daging (alamak sori.. lupa nak snap pic utk bhn2 ni) :

1. Bawang putih 3-4 ulas - didadu halus
2. Serai 1 batang - dipotong bulat2 nipis
3. Kicap pekat (manis) 3-4 sudu
4. Sos tiram 1 sudu
5. Sedikit pepper
6. Sedikit garam 
7. Dua ketul daging saiz sederhana

Cara2 nya:

1. Letakkan daging didalam bekas berpenutup (sbb sng nak simpan lam peti ais masa perap nnt)
2. Taburkan bawangputih yg telah dipoting dadu td
3. Masukkan juga serai yg telah dihiris nipis
4. Masukkan kicap pekat
5. Masukkan pula sos tiram
6. Taburkan sedikit pepper 
7. Taburkan juga sedikit garam (sikit jek, x perlu byk sangat sbb bhn2 lain dah ada rasa, n bila dah cicah ngan pencicah nnt xnak terlalu masin)
7. Gaulkan kesemua bahan agar menyaluti daging
8. Tutupkan bekas, simpan dlm peti ais
9. Perap minimum 3 jam. Dapat lagi lama lagi best!
10. Rupa daging yg diperap tu macam kat dlm pic kat bwh ni... nmpk cam alien pon xpe, janji rasa dia sebati nnt

Bila dah settle ngan daging tu, so moh la kita buat sambal pencicah dia pulak

Bahan2 untuk sambal pencicah :


1. Mintak mahap byk2... lam pic kat atas xde cili padi (tlupa nak letak bersama2 hihi)
1. Cili padi - 5 tangkai pon boleh (sapa suka pedas silalah tambah lebih ye)
2. Bawang putih 2 ulas 
3. Bawang merah 7-8 ulas
4. Limau kasturi 3-4 biji (ikut citarasa memasing, can suka masam letak lebih sikit)
5. Sedikit belacan
6. Gula
7. Garam

Cara2 nak buat sambal pencicah :

1. Belacan, bawang putih n bwg merah dibakar terlebih dahulu 
(can bakar dalam pan jek)

2. Bila dah agak2 hangus sikit2 ankatlah.. jgn kasi hangus terus
3. Amik lesung batu (haaaa... resepi ni mmg lebih sedap mgunakan lesung batu, kalo blend mmg x best)
4. Masukkan belacan... tumbuk
5. Masukkan oula cili padi... tumbuk lagi
6. Kendian, baru masukkan bawang2 anda sedikit demi sedikit

7. Teruskan menumbuk, sehinga smua bhn2 tadi lumat
8. Perahkan limau kasturi ke dalam lesung anda
9. Masukkan garam dan gula
10. Kasi secukup rasa...
11. Nak lagi sedap, can potong2 kan kulit buah limau kasturi tu nipis2 n masukkan sekali dalam pencicah ni.
12. Dah cukup semua rasa, boleh lah dihidangkan ke dalam pinggan

Kembali kepada daging yg telah diperap :

1. Bila tempoh memerap dah berakhir, boleh lah keluarkan daging tadi dari peti ais
2. Panaskan non-stick pan, masukkan sedikit butter atau minyak masak
dan masak dalam 10 minit
3. Agak2 kaler dia dah bertukar tu, masak lah tu

 
4. Dah masak, hiris daging tu nipis2
5. Hidangkan bersama2 sambal pencicah tadi...
6. Ready to be served


Salam...