Search in Canteq's Blog

Wednesday, March 4, 2015

Ayam Goreng Tomyam Yummehh


Ayam Goreng Tomyam


Hi

I've moved to a new blog... pls kindly visit me there:
http://nicina.blogspot.com




Daaaaa....



Pernah dengar ayam goreng tomyam? Bukan ayam masak tomyam tau.. yg ni goreng
Dia berkuah sikit2 je, pekat dan bukan banyak macam tomyam yg biasa tuh


Resepi ni mmg sangat sedap... ada rasa masam, manis, masin, dan memang terbaik!
Kalau makan ngan nasik panas2 memang kaw...
So jom cuba


Bahan-bahan untuk buat ayam goreng tomyam :

Bahan2 yg digunakan

Ok senarai penuh bahan2 yg can guna utk buat ayam goreng tomyam ni ye... lain org maybe lain sikit caranya 

1. Ayam (setengah ekor) dipotong2
2. Serbuk kunyit
3. Garam
4. Gula
4. Kicap manis
5. Sos tiram 
6. Sos tomato (tiada dalam gambar)
7. Perencah tomyam
8. Serai 1 batang - dititik
9. Daun limau purut 4 helai
10. Bawang merah 3 ulas (ditumbuk)
11. Bawang putih 1 ulas (ditumbuk)



Cara - cara :

1. Ayam diletakkan garam + kunyit, then goreng hingga masak, angkat 
2. Menggunakan kuali dan minyak yg sama, tumiskan bawang merah + bwg putih yg dah ditumbuk tadi
3. Apabila kekuningan, masukkan serai yg telah dititik serta daun limau purut
4. kacau seketika then masukkan perencah tomyam
5. Masukkan pulak sos tiram. sos tomato, dan kicap dan kacau2 lagi, 
6. Masukkan sedikit garam dan gula (sikit saja ye) sbb ayam pun dah masin
7. Apabila semuanya telah sebati masukkan ayam dan gaulkan
8. Hidangkan



Ayam masak tomyan

Makan dengan nasi panas2.. memang win!
Daaaaaaa....

nuffnang ads

 

canteq Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Gossip Celebrity