Tuesday, December 11, 2012

Resepi Rendang Ayam


Rendang Ayam 


















Hmmm... tetiba teringin nak makan rendang
tapi can x suka rendang yg kering, can kalo makan rendang suka yg berkuah sikit
sedap n senang nak cicah

Hmmm.... bila dah nak makan, teringat plak ngan resepi rendang kakak can yg dia slalu buat time raya
sedap, moist berkuah gitu... can mmg suka sangat
so apelagi can pon call la dia...

Rendang Ayam - Canteq Blog

Makanye terhasillah resepi ni ehehehe.. mudah dan senang je nak buat
leh la can kongsi resepi rendang ayam tu kat sini

Nak menyenangkan cerita, ni dia bahan2 yg can gunakan untuk masak rendang ayam style berkuah ni 

Bahan-bahan untuk resepi rendang ayam
 Bahan-bahan :

1. Bawang besar (separuh) - can guna bawang holland tu, manis sikit
2. Bawang merah kecik - 5 bijik
3. Bawang putih - 3 ulas
4. Halia - potong dalam 1 inci camtu je
5. Lengkuas - potong dalam 2 inci
6. Kunyit hidup (amik dalam 3 inci) - tapi can xde, so can just guna kunyit serbuk je
7. Cili kering - 7/8 tangkai 
8. Serai - 3 batang
9. Gula melaka - separuh daripada yg dlm gambar tu (dlm pic kt belah kanan - bntuk half moon kan, so potong amik separuh je dari size tu)
10. Santan - Can guna santan kotak harmuni (amik 1 kotak je)
11. Kerisik - dalam 2 sudu
12. Asam keping - 2
13. Daun kunyit - sehelai jek, racik2 halus
14. Garam (Takde dalam gambar)
15. Minyak masak (Takde dalam gambar)


Bahan Utama (jgn lupa plak) : 

1. Ayam 

Ayam kat atas ni lom dibersihkan, sila abaikan ye
(kes excited nak snap pics ehehe)


Cara Memasak :

Some of the ingredients tu kita kena blend (sila refer pic kat bawah ni)

Bahan2 untuk dikisar

1. Sila kisar bahan2 berikut :

- Bawang merah
- Bawang besar
- Bawang putih
- Lengkuas 
- Halia
- Serai
- Cili kering

(*kalo guna kunyit hidup leh la blend sekali jugak eh, kalo kunyit serbuk kita masuk time memasak nnt je)

Blend smua bahan2 tu sampai jadi pes cam kat bawah ni :


Memang kaler dia x kuning sbb kita blom taruk kunyit (kes guna kunyit serbuk)
Nanti bila dah masak, kita letak kunyit tu nanti, kuning la dia (dun wori)

2. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali
3. Tumiskan dulu pes yg kita dah blend tadi
4. Make sure tumis sampai pecah minyak
5. Kemudian, masukkan serbuk kunyit 
6. Kemudian masukkan pulak ayam
7. Gaul2 rata
8. Then masukkan jugak sedikit air (dalam 1 cup)
9. Bila dah mendidih masukkan gula melaka dan asam keping
10.  Bila ayam dah masak, masukkan pulak santan
11. Kacau2 seketika
12. Then masukkan pulak kerisik
13. Masukkan garam
14. Biarkan sekejap sampai kuah dah agak pekat (time ni guna api kecik je)
15. Lepas tu bolehla tabur kan daun kunyit
16. Masak sekejap then tutup api 
Daaaa.....




Rendang Ayam Berkuah





0 comments:

Post a Comment