Search in Canteq's Blog

Thursday, January 12, 2012

Daging Goreng Bersambal Tiram


Last time pegi makan kat zulpura, bandar sri damansara... teringat zaman dulu kala time can masih stay kat BSD. Masa tu can terpandang lauk daging ni... x tau masak apa... tp nmpk sedap.. so can pon amiklah... makan.. hmm boley tahan gak rasa dia.. so can pon dengan sepenuh jiwa raga cuba meneka  bahan2 yg ada lam masakan tersebut  (ahahah ayat poyo)...

Makanya... beberapa ari lepas can pon mulalah membuat resepi sendiri dengan hasil spt di atas n di bawah... dan can bagi nama 'Daging Goreng Bersambal Tiram' ihikhik... lantak ko la labu...


Bahan - Bahan :

1. Daging stgh kilo lbh kurg
2. Bawang putih - 2 ulas - diblend
3. Bawang merah kecil - 4 ulas - diblend
4. Bawang besar - 1/2 biji - diblend
5. Bawang besar - 1/2 biji - dipotong 
6. Cili boh / cili kering yg diblend
7. Carrot - stgh biji - potong mngikut kehendak anda
8. Bunga kobis - agak2 je la - potong jugak
9. Sos tomato - 1 sudu
10. Sos tiram 
11. garam
12. Gula

Cara-caranya :

Step Pertama
1. Daging direbus terlebih dahulu
2. Bila dah agak separuh masak, leh la diangkat dan ditoskan
3. Air rebusan daging (stok), pls simpan n jgn dibuang.
4. Daging yg tlh direbus td di potong nipis2

Step Kedua

1.  Panaskan sedikit minyak dalam pan / kuali
2. Goreng sekejap daging yg telah dihirs nipis2 tadi
3. Angkat 

Step Ketiga

1. Dgn mgunakan minyak yg sama (goreng daging tadi)
2. Tumis bahan2 kisar (bw putih, merah, besar) sehingga naik bau / keperangan
3. Masukkan pula cili kisar/boh
4. Masak sehingga pecah minyak
5. Kemudian masukkan satu sudu sos tomato (xmo byk, nnt terlalu masam)
6. Masukkan juga sos tiram (agak2 dlm 2 sudu besar camtu)
7. Kacau2 biar sebati
8. Masukkan sedikit stok (air rebusan daging tadi)
9. Perasakan dgn garam dan sedikit gula 
10. Bila tumisan dah nmpk garing dan pekat, masukkan sayur2an (carrot n bunga kobis)
11. kacau lagi, then barulah dimasukkan daging yg telah siap gigoreng tadi
12. Kacau sementara, kasi sebati smuanya, then tutupkan api
13. Hidangkan... daaaa


Daging Goreng Bersambal Tiram Canteq

No comments:

Post a Comment

nuffnang ads

 

canteq Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Gossip Celebrity