Tuesday, July 26, 2011

Hati Ayam Goreng


 Anda makan hati ayam?
Can tau... ramai yg x makan... tp ramai jugak yg suka...
Bg can pulak.. bole je makan asalkan buat garing2 sket... kalo lembut2 sgt, can x berapa suka...


Usha sket ya... resepi ni can amik dari K.liza ye (thanx k.liza)... tapi biasalah.. olahan mengikut citarasa sdiri...

Bahan2 :

- Beberapa ketul  hati ayam
- Serbuk kunyit
- Garam
- 1 biji limau kasturi (just amik perahan airnya saje wokey)
- 1 labu bawang besar dihiris
- 1 tangkai cili besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 cm halia - dipotong

Cara2 :
  1.  Hati ayam yg telah dibersihkan perlu ditoskan sekejap.. kalo x.. meletup2 masa menggoreng nnt
  2. Gaulkan hati tersebut dengan garam dan serbuk kunyit
  3. Panaskan minyak masak (agak2 separuh tenggelam hati tersebut)
  4. Gorengkan hati ayam tersebut hingga garing
  5. Bila dah garing, angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
  6. Minyak yg telah digunakan tadi akan diguna balik utk menumis bhn2 lain tp buangkannye separuh (tinggalkan sikit je lam kuali)
  7. Kemudian mulalah menumis bawang putih dan halia.. 
  8. Diikuti dgn cili besar serta bawang besar
  9. Masukkan juga air limau kasturi tadi..
  10. Kacau rata ... sedia utk dihidangkan...

0 comments:

Post a Comment